azan dah berkumandang,tapi apa kita buat masih leka dengan duniawi.
aku rasa terpanggil untuk menulis apa yang aku rasa.
kita sering dilihatkan dengan pelbagai isu orang kafir mengutuk cara azan hingga ke solat kita sebagai orang islam.
ada yang kadang2 tu aku baca marah betul mamat nie, tapi,,,
ada yang sampai ugut nak mencari sipelaku yang megutuk tu, tapi,,,
tapi dalam hati aku tertanya, die nie tak sedar ke Allah sedang tunjuk sesuatu sebenarnya.
minggu lepas aku terserempak kawan aku yang seorang tabligh.
aku ajak la datang rumah, tengah lepak2 ni,
aku terbukak video orang kafir mengutuk cara azan,
dengan selamba aku memaki hamun sambil menerut dekat kafir tu.
satu teguran aku terima dari belakang ku,
"islam ada ke menggalakkan umatnya mencaru+memaki hamun"
terkedu aku seketika masa tu dengar teguran kawan tabligh aku tu.
aku menerangkan kepadanya yang aku marah dengan kafir nie kerana mengutuk AGAMAku..
satu soalan diajukan kepada ku,
"kau dah solat?"
dalam otakku tak tahu nak jawab ape kerana aku belum menunaikan solat.
rakan ku suruh aku solat pada masa itu juga.
selesai solat die berkata kepadaku,
"kenapa kau nak marah kafir nie kutuk cara azan, sedangkan kau kalau azan kau buat tak tau je dengan urusan duniawi, Allah nak mengigatkan kita sebagai umat islam yang kita sering leka dengan duniawi sehingga orang kafir berani mengutuk agama kita.
rumah kau depan surau, tapi berape kerap kau pergi surau..
kalau azan kau dok sibuk chat+buat kerja+online..
marah diri sendiri dahulu sebelum marah orang lain"
terkedu aku seketika pada masa tu, macam nak nagis je time tu..
sedarlah yang kita semakin melupakan Allah yang maha esa..
seberapa kerap kita bersyukur dengan nikmat Allah.
cuba tanya dalam hati, pernah tak kita berterima kasih kepada Allah kerana dilahirkan sebagai seorang islam?
aku bukan la baik sangat pun, solat pun tonggang langgang, aku cuma rasa terpanggil je bila aku tengok orang KiTA(melayu+islam) yang asyik memaki hamun je orang lain je..
mintak maaf kalau ada yang tak setuju..
terima kasih